Pada 2005 Pangsapuri Bukit Tinggi 2 telah dibuka, maka berlakulah perpindah beramai-ramai ke Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2 bermula. Majoritinya adalah dari kalangan yang beragama Islam. Oleh itu untuk melengkapkan kemudahan bagi umat Islam di sini berjemaah khususnya beramal ibadat maka pihak Pemaju (Labur Bina Sdn.Bhd) telah menghadiahkan sebuah bangunan untuk dijadikan surau. Maka pada pertengahan tahun 2005 wujudlah sebuah surau yang diberi nama sebagai "Surau Al-Insyirah" yang di bawah naungan Kariah Masjid Ar-Rahman Pandamaran Jaya,42000 Pelabuhan Klang,Selangor Darul Ehsan. Semasa Labur Bina Sdn.Bhd menyerahkan bangunan ini kepada pihak pengurusan surau ianya merupakan sebuah bangunan kosong yang tidak mempunyai apa-apa.
Lalu Jawatan Kuasa Surau segera ditubuhkan, dan sebulat suara bersetuju untuk melantik En.Nordin Bin Mohd.Noor sebagai Pengerusi Surau yang pertama,sementara En.Yazid Bin Md.Shariff selaku Setiausaha. Pada sesi berikutnya jawatan Pengerusi Surau diambilalih oleh En.Yahaya Bin Hashim dan sehinggalah ke tarikh ini.
Bermula pada tahun 2007, berbagai kerja dan aktiviti dijalankan termasuk menaik taraf surau bertujuan memberi kemudahan kepada umat Islam di sini dapat beramal dengan selesa dan sempurna.
No comments:
Post a Comment